Laporan

Qurban Tanah Suci Mekah 2020/1441H

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله، ثم الحمد الله ثم الحمد الله

[SEKITAR QURBAN MEKAH 1441H]

بسم الله، الله أكبر، اللهم هذا منك ولك وهذا عنا، اللهم تقبل منا هذه الأضحية.

Dengan nama-Mu ya Allah, Allah Tuhan yang Maha Besar.

Ya Allah, sesungguhnya qurban ini untuk aku mendekatkan diri kepada Mu dan hanya untuk-Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan kami kami persembahkan haiwan-haiwan qurban ini untuk-Mu.

Maka terimalah qurban kami.

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Para peserta Ibadah qurban Tanah Suci Mekah 1441H yang dirahmati Allah.

Semoga khabar ini sampai kepada tuan-tuan dan puan-puan dengan rahmat Allah menaungi kita semua.

Dimaklumkan bahawa, telah terlaksana ibadah qurban tuan-tuan dan puan-puan pada tahun ini yang dijalankan di Tanah Suci Mekah.

Beberapa fakta menarik untuk makluman tuan/puan.

1. Sembelihan peringkat pertama merangkumi semua pendaftaran qurban sehingga jam 5 petang, Jumaat 31 Julai 2020 selesai dilaksanakan pada jam 10.30 malam, hari raya pertama.

2. Bagi pendaftaran selepas jam 5 petang hari raya pertama, sembelihan dibuat pada hari seterusnya.

3. Sembelihan dilaksanakan secara berkala dengan kitaran sebanyak 200 ekor kambing bagi setiap sembelihan. Kemudian, sembelihan akan dihentikan beberapa minit untuk proses cucian tempat sembelihan dan akan diteruskan semula dengan 200 ekor seterusnya.

4. Penghantaran free gift sijil premium ukiran kayu telah dihantar bermula hari Selasa, manakala penghantaran Al-Quran premium (bagi yang layak) pula akan mula dihantar pada 21 Ogos 2020.

5. Seperti yang kami iklankan di semua platform, video rakaman sembelihan hanya akan diberi buat peserta aqiqah sahaja. Setiap tahun, kerajaan Saudi melarang mana-mana pihak untuk merakam sembelihan setiap seekor pada hari qurban.

Pihak Aqiqah Centre mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan-tuan dan puan-puan dari Malaysia, Thailand, Indonesia, Brunei & Singapore kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menjalankan Ibadah Qurban pada tahun ini.

Proses sembelihan berjalan dengan sempurna tanpa sebarang masalah. Kami lampirkan bersama gambar-gambar perlaksanaan ibadah qurban di dalam hantaran ini.

Akhir kalam, kami dari pihak Aqiqah Centre sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih dan ampun maaf sekiranya ada kelemahan yang tidak diduga sepanjang proses pelaksanaan ibadah korban pada tahun ini.

تقبل الله منا ومنكم تقبل يا كريم.

Yang Bertanggungjawab,
ABDUL HALIM KHAIRI ABDUL AZIZ

Pengurus, 
AqiqahCentre.com

 

Klik Untuk Lihat dan Muat Turun