Perutusan Qurban 2022/1443H

بسم الله الرحمن الرحيم

إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا

[ QURBAN DI TANAH SUCI MAKKAH 1443H/2022M ]

لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنكُمْ ۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ ۗ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ – الحاج : 37

Daging dan darah binatang qurban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, akan tetapi yang sampai kepadaNya adalah amal ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya menjadi baik dan cantik amalnya. (Surah Al-Haj : 37)

Dengan nama Allah Tuhan sekalian alam dan Tuhan Maha Pemberi segala sesuatu.

Wahai Tuhan empunya segala dzāt Kekuasaan dan Kemuliaan,

Tuhan yang Maha Menjaga dan Maha Mengetahui setiap isi hati manusia.

اللهم هذا منك ولك وهذا عنا، اللهم تقبل منا هذه الأضحية

Ya Allah,

Sesungguhnya Qurban ini adalah untuk aku menjadi seorang insan yang baharu, seorang insan yang akan sering mendekatkan diri kepada Mu dan hanya untuk-Mu.

Ya Allah,
Kami persembahkan haiwan-haiwan sembelihan Qurban ini untuk-Mu.

Maka,
Terimalah Qurban kami pada tahun ini.

Bismillahir Rahmānir Rahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Para peserta ibadah Qurban di Tanah Suci Makkah 1443H/2022M yang dimuliakan dan dirahmati Allah.

Segala puji dan syukur hanya bagi Allah subhanahu wa taala, sepanjang tempoh 4 hari Tashreeq (9-12 Julai 2022; 10-13 Dzul Hijjah 1443H) telah sempurna segala Ibadah Qurban tuan-tuan & puan-puan bagi tahun 1443H/2022M yang dilaksanakan di Tanah Suci Mekah melalui Aqiqah Centre. Setiap ekor kambing yang diamanahkan kepada kami, telah kami pikul setiap satunya dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

1. Sembelihan telah berjalan secara berperingkat pada hari pertama dan kedua dengan jumlah yang besar, dan seterusnya pada hari ketiga dan ke empat bagi beberapa peserta. 

2. Semua daging hasil sembelihan telah diserahkan kepada badan pengurusan daging qurban dan aqiqah yang berdaftar dengan kerajaan Arab Saudi. Sebahagian disedekahkan kepada petugas yang terlibat mengurus sembelihan Aqiqah Centre, dan sebahagian diberikan kepada orang awam yang berhajat dan setia menunggu dihujung proses. Namun kami meletakkan had kepada penerima secara terus ini untuk mengelakkan berlaku jualan semua daging qurban kepada pihak ketiga.

3. Berkenaan video sembelihan Qurban, seperti yang dimaklumkan kepada tuan-tuan dan puan-puan sebelum pendaftaran, kami tidak menyediakan video sembelihan setiap satu ekor seperti Ibadah Aqiqah. Ini kerana, kami telah dimaklumkan sejak tahun 2019 bahawa aktiviti merakam video satu per satu tidak dibenarkan oleh penguatkuasa kandang bawah kelolaan Kerajaan Arab Saudi.

4. Mengapa pihak penguatkuasa tidak membenarkan aktiviti rakaman kerana ia akan mengganggu perjalanan sembelihan berskala besar yang terhad 4 hari saja sepanjang satu tahun. Supaya proses sembelihan itu tidak terganggu, maka pihak penguatkuasa tidak membenarkan. Dengan penuh hormat pada arahan dan adat, kami tidak menjanjikan rakaman video sembelihan bagi setiap ekor kambing yang disembelih.

5. Akan tetapi, pihak Aqiqah Centre mengambil inisiatif untuk merakam video keseluruhan program ibadah Qurban secara umum sahaja sepanjang aktiviti sembelihan dijalankan. 

6. Sekalung penghargaan buat semua peserta Ibadah Qurban 1443H/2022M yang memberi kami seluruh kepercayaan dan amanah, dengan penuh rendah hati kami sambut amanah tersebut dengan penuh tanggungjawab!

7. Sebagai tanda penghargaan dari pihak AqiqahCentre, kami mengucapkan jutaan terima kasih buat anda semua. Untuk makluman tuan/puan pihak kami dalam proses menghantar sijil premium ukiran kayu dan hadiah kepada anda semua, para peserta Qurban.

8. Akhir kalam, kami lahirkan sekali lagi setinggi-tinggi penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan yang memberi kepercayaan dan amanah ini kepada kami. Semoga Ibadah Qurban yang dilaksanakan pada tahun ini, memberi impak yang besar kepada anda. Menjadikan anda semakin dekat dan terdamping dengan Allah Subhanahu Wa Taala, menjadikan anda semakin bertambah Ibadah Nawafil(Ibadah-ibadah Sunnah) dan menjadikan kalian hamba Allah yang sentiasa berterima kasih atas rezeki yang diberikan!

تقبل الله منا ومنكم تقبل يا أرحم الرحمين

Yang Melaksanakan Tanggungjawab,

ABDUL HALIM KHAIRI ABDUL AZIZ
Ketua Pengarah Eksekutif,
AQIQAH CENTRE

Rakaman Persediaanhttps://youtu.be/DY8BnXJkCag
Rakaman Umumhttps://youtu.be/klfObjPHYVE