Perutusan Qurban 2021/1442H

بسم الله الرحمن الرحيم

إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا

[ QURBAN DI TANAH SUCI MAKKAH 1442H/2021M ]

وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الْآخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ ۖ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ – المائدة 27

Dan ceritakanlah (Wahai Muhammad) kepada mereka kisah mengenai dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan qurban (untuk mendekatkan/mendampingi diri kepada Allah). Lalu diterima qurban salah seorang diantaranya(Habil), dan Allah tidak menerima qurban dari salah seorang daripada mereka berdua(Qabil). Berkata (Qabil): “Sesungguhnya aku akan membunuhmu!”. (Habil) menjawab : “Hanyasanya Allah menerima qurban dari orang-orang yang bertaqwa. (Surah Al-Ma’idah : 27)

لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنكُمْ ۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ ۗ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ – الحاج : 37

Daging dan darah binatang qurban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, akan tetapi yang sampai kepadaNya adalah amal ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya menjadi baik dan cantik amalnya. (Surah Al-Haj : 37)

Dengan nama Allah Tuhan sekalian alam dan Tuhan Maha Pemberi segala sesuatu.

Wahai Tuhan empunya segala dzāt Kekuasaan dan Kemuliaan,

Tuhan yang Maha Menjaga dan Maha Mengetahui setiap isi hati manusia.

اللهم هذا منك ولك وهذا عنا، اللهم تقبل منا هذه الأضحية

Ya Allah,

Sesungguhnya Qurban ini adalah untuk aku menjadi seorang insan yang baharu, seorang insan yang akan sering mendekatkan diri kepada Mu dan hanya untuk-Mu.

Ya Allah,
Kami persembahkan haiwan-haiwan sembelihan Qurban ini untuk-Mu.

Maka,
Terimalah Qurban kami pada tahun ini.

Bismillahir Rahmānir Rahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Para peserta ibadah Qurban di Tanah Suci Makkah 1442H/2021M yang dimuliakan dan dirahmati Allah.

Segala puji dan syukur hanya bagi Allah subhanahu wa taala, sepanjang tempoh 4 hari Tashreeq (20-23 Julai 2021; 10-13 Dzul Hijjah 1442H) telah sempurna segala Ibadah Qurban tuan-tuan & puan-puan bagi tahun 1442H/2021M yang dilaksanakan di Tanah Suci Mekah melalui Aqiqah Centre. Setiap ekor kambing yang diamanahkan kepada kami, telah kami pikul setiap satunya dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

1. Sembelihan telah berjalan secara berperingkat pada hari pertama dan kedua dengan jumlah yang besar, dan seterusnya pada hari ketiga dan ke empat bagi beberapa peserta yang turut mendaftar di laman sesawang kami.

2. Berkenaan video sembelihan Qurban, seperti yang dimaklumkan kepada tuan-tuan dan puan-puan sebelum pendaftaran, kami tidak menyediakan video sembelihan setiap satu ekor seperti Ibadah Aqiqah. Ini kerana, kami telah dimaklumkan sejak tahun 2019 bahawa aktiviti merakam video satu per satu tidak dibenarkan oleh penguatkuasa kandang bawah kelolaan Kerajaan Saudi Arabia.

3. Mengapa pihak penguatkuasa tidak membenarkan aktiviti rakaman kerana ia akan mengganggu perjalanan sembelihan berskala besar yang terhad 4 hari saja sepanjang satu tahun. Supaya proses sembelihan itu tidak terganggu, maka pihak penguatkuasa tidak membenarkan. Dengan penuh hormat pada arahan dan adat, kami tidak menjanjikan rakaman video sembelihan bagi setiap ekor kambing yang disembelih.

4. Akan tetapi, pihak Aqiqah Centre mengambil inisiati untuk merakam video keseluruhan program ibadah Qurban secara umum sahaja sepanjang aktiviti sembelihan dijalankan. Video tersebut tuan-tuan dan puan-puan boleh lihat melalui link ini : https://bit.ly/3rBDD6C

5. Sekalung penghargaan buat semua peserta Ibadah Qurban 1442H/2021M yang memberi kami seluruh kepercayaan dan amanah, dengan penuh rendah hati kami sambut amanah tersebut dengan penuh tanggungjawab!


6. Sebagai tanda penghargaan dari pihak AqiqahCentre, kami mengucapkan jutaan terima kasih buat anda semua. Untuk makluman tuan/puan pihak kami telah menghantar sijil penghargaan kayu premium dan hadiah pada penyertaan Qurban 1000 terawal sebelum ia tergendala akibat perlaksaan PKP di seluruh negara.


7. Bagi peserta 1000 dan seterusnya, untuk makluman tuan, terdapat salah satu kilang pembekal hadiah cenderahati ini tidak termasuk dalam jalur khidmat perlu (essential services). Makan akan ada sedikit kelewatan penghantaran saguhati penghargaan tuan puan yang berupa Sijil Kayu Premium dan Bauan Oud Masjid Nabawi dari Rindu Raudhah. Namun demikian, kami cuba sebaik mungkin untuk mempercepatkam proses pengeposan hadiah setelah kami menerima semua bekalan.

8. Akhir kalam, kami lahirkan sekali lagi setinggi-tinggi penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan yang memberi kepercayaan dan amanah ini kepada kami. Semoga Ibadah Qurban yang dilaksanakan pada tahun ini, memberi impak yang besar kepada anda. Menjadikan anda semakin dekat dan terdamping dengan Allah Subhanahu Wa Taala, menjadikan anda semakin bertambah Ibadah Nawafil(Ibadah-ibadah Sunnah) dan menjadikan kalian hamba Allah yang sentiasa berterima kasih atas rezeki yang diberikan!


تقبل الله منا ومنكم تقبل يا أرحم الرحمين

Yang Melaksanakan Tanggungjawab,

ABDUL HALIM KHAIRI ABDUL AZIZ
Ketua Pengarah Eksekutif,
AQIQAH CENTRE

Galeri Gambar: https://bit.ly/3iIFkeb
Rakaman Persediaan: https://bit.ly/3eVMJWq
Rakaman Umum: https://bit.ly/3rBDD6C