Qurban di Tanah Suci Mekah

RM629 RM599   RM579

Play Video

PERCUMA :
Sejadah Qubah Gebu XXL
Ukiran Hiasan Pintu

Dipercayai Lebih 45,000 Pelanggan

Aqiqah Centre
Excellent
5.0
Based on 5946 reviews
Alhamdulillah.. Ini kali ke-2 menjalankan aqiqah untuk anak lelaki kami dengan aqiqah centre. Alhamdulillah pihak admin akan memberikan video yang mengandungi nama anak dan sembelihan mengikut tarikh yang dipilih. Saya juga rasa amat bersyukur kerana walaupun menempah sehari sebelum tarikh sembelihan, namun pihak aqiqah centre dapat melunaskannya. Terima kasih, insyaAllah aqiqah centre terbaik!
Ini kali ke5 kami berurusan untuk aqiqah anak2 bersama AqiqahCentre. Kali pertama adalah pada tahun 2019 untuk 2 orang anak kami, kemudian pada tahun 2021 untuk anak dan anak saudara kami. Dan aqiqah kali ke5 ini untuk anak kami pada tahun ini. Terima kasih AqiqahCentre kerana memudahkan urusan kami dan membantu kami dalam melaksanakan aqiqah buat anak2 kami. Service yg sangat baik dan memuaskan. Kami sekeluarga mendoakan yang terbaik buat AqiqahCentre dan semoga ada rezeki kita untuk berurusan lagi di masa akan datang.InsyaAllah.
Alhamdulillah..Terima kasih AqiqahCentre kerana telah memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam melaksanakan urusan aqiqah anak saya. Proses pendaftaran yang sangat mudah difahami dan diberikan bukti video pelaksanaan aqiqah serta sijil kayu yang cantik. Saya sangat mengesyorkan AqiqahCentre kepada ibubapa yang lain untuk melaksanakan aqiqah anak-anak.
Ni Kali je dua saya buat akikah dgn aqiqah centre ...saya tringin sangat bawa suami Dan anak3 umrah ke mekah..tapi saya Rasa , saya Belum layak, Belum mampu, Banyak lagi saya perlu baiki Dalam kehidupan saya..apa yg mampu Sekarang saya cuma daftarkn anak2 sy akikah Di mekah.terima kasih aqiqah center Bantu realisasikan impian saya.moga Allah membalas segala kebaikkan team aqiqah centre
Saya baru sahaja menggunakan perkhidmatan Aqiqah Center untuk aqiqah anak saya di Mekkah, dan saya sangat berpuas hati dengan pengalaman keseluruhan. Berikut adalah beberapa perkara yang saya rasa penting untuk dikongsi:1. Kemudahan Proses Tempahan:Proses tempahan di laman web sangat mudah dan jelas. Semua maklumat yang diperlukan diberikan dengan teratur, dan saya tidak menghadapi sebarang kesulitan untuk memahami langkah-langkah yang perlu diambil.2. Maklumat yang Jelas:Laman web menyediakan maklumat yang telus mengenai proses pelaksanaan aqiqah di Mekkah. Saya juga dihantar bukti pelaksanaan (gambar/video) setelah aqiqah selesai, yang memberi saya keyakinan bahawa ia dilakukan dengan baik.3. Layanan Pelanggan:Saya kagum dengan respons yang cepat dari pasukan sokongan pelanggan mereka. Setiap soalan yang saya kemukakan dijawab dengan jelas, dan mereka sangat profesional sepanjang proses.4. Pengalaman Keseluruhan:Saya berasa yakin dan selamat menggunakan perkhidmatan mereka. Saya sangat menghargai ketelusan, keselesaan, dan kecekapan yang ditunjukkan. Ini membuatkan pengalaman aqiqah anak saya di Mekkah sangat bermakna.Saya sangat mengesyorkan Aqiqah Center kepada sesiapa yang mencari perkhidmatan aqiqah yang mudah dan boleh dipercayai.
js_loader

Apa kata
pelanggan kami

MENANGI

TELEKUNG SITI KHADIJAH
SETIAP MINGGU!

Tag & ceritakan pengalaman anda menggunakan Aqiqah Centre di
Facebook atau Instagram anda.

HADIAH

UNTUK SETIAP PESERTA

3 Langkah Penyertaan

Isi maklumat peserta dan alamat penghantaran sijil. Seterusnya buat bayaran melalui sistem bayaran online banking yang kami sediakan.

Qurban akan disempurnakan selama empat hari mengikut giliran pendaftaran.

Anda akan terima makluman status ibadah qurban melalui email/SMS.

Cenderahati penyertaan akan dihantar dalam 3 minggu selepas ibadah disempurnakan.

Perbezaan
Aqiqah Centre
dengan yang lain

Elak penipuan harga murah. Jualan semula daging qurban sering berlaku

Pegawai bertugas akan pastikan segala syarat patuh syariah terjaga

Pendaftaran mudah & mampu milik.

Qurban dilaksanakan di tanah suci Mekah.

Add-on sijil disediakan bagi mereka yang berminat.

Daging akan diagihkan di sekitar Tanah Suci Mekah

FAQ Hukum Qurban

Qurban  Sunat: Penyembelihan haiwan ternakan tertentu sempena Hari Raya Eidhul Adha secara sukarela untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Qurban  Nazar: Penyembelihan haiwan Qurban yang wajib ditunaikan setelah berniat atau berjanji untuk melakukan sesuatu yang mendekatkan diri kepada Allah sebagai tanda kesyukuran atau memenuhi hajat.

Bagi umat Islam yang berkemampuan, hukum menyembelih haiwan Qurban pada Hari Raya Eidul Adha atau Hari Raya Qurban adalah Sunat Muakkad (sangat dituntut). Sebaliknya, meninggalkan ibadah Qurban bagi mereka yang mampu pula adalah Makruh (tidak digalakkan). Ibadah Qurban bermula waktu Dhuha (selepas solat Eidhul Adha) 10 Dzul Hijjah, dan diteruskan 3 hari Tasyriq iaitu 11, 12 & 13 Dzul Hijjah sebelum waktu Maghrib.

  1. Kibasy: Satu tahun atau telah gugur gigi hadapannya sesudah ia berumur enam bulan
  2. Biri-biri, domba dan kambing: melebihi satu tahun apabila gugur gigi susuan / hadapannya
  3. Lembu dan kerbau: melebihi dua tahun
  4. Unta: melebihi lima tahun

Kedua-duanya tergolong dalam haiwan yang dibenarkan untuk dijadikan Qurban. Perbezaannya adalah :

1) Lembu, Unta, Kerbau dibahagikan kepada 7 bahagian.

2) Kambing, Biri-biri, Kibasy hanya 1 bahagian sahaja (1 ekor).

Hukumnya harus, ini berdasarkan Qiyas dari Hadis Nabi Muhammad yang meniatkan haiwan Qurban untuk dirinya, keluarganya dan seluruh umatnya.

Ini dapat dilihat melalui sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Tirmidzi, yang bermaksud:

“Pada zaman Rasulullah S.A.W., orang berqurban dengan seekor kibas (kambing yang berumur setahun) untuknya dan untuk keluarga seisi rumahnya. Mereka memakan dan memberikan kepada orang lain sehingga manusia. merasa senang, sehingga mereka menjadi seperti yang engkau lihat.”

Ulama membenarkan ibadah Qurban seseorang itu bagi dirinya dan keluarganya, dan pahala itu dikongsi oleh dirinya dan ahli rumahnya. Namun harus diingat asal hukum ialah satu bahagian mewakili nama seorang sahaja tetapi dari sudut pahala, InsyaAllah Allah akan bahagikan pahala pada syiar, pelaksanaan sunnah, dan tolong menolong atas kebaikan.

Tidak boleh menyembelih Qurban untuk orang lain kecuali dengan izin daripadanya melainkan jika si mati telah mewasiatkannya sebelum kematiannya. Justeru, pendapat majoriti mazhab Syafie mensyaratkan adanya wasiat daripada si mati untuk melaksanakan ibadah Qurban bagi dirinya selepas kematiannya.

Hukumnya haram menjual kembali daging yang diniatkan Qurban kerana ia adalah hak orang Islam. Memberi upah kepada petugas/tukang sembelih atau sesiapa sahaja dengan daging Qurban juga dilarang. Terdapat pengecualian bagi golongan fakir yang menerima bahagian daging Qurban. Mereka dibenarkan untuk menjual bahagian Qurban yang diterima, seperti kulit haiwan Qurban, bagi mendapatkan manfaat daripadanya

Bagi orang yang berniat untuk Qurban Nazar, golongan ini tidak boleh memakan sedikit pun bahagian Qurban Nazarnya. Mereka wajib menyedekahkan kesemuanya kepada orang lain.

Menurut Ulama Syafie, daging Qurban haknya hanyalah untuk orang Islam secara umum dan juga orang-orang yang memerlukan seperti fakir, miskin, dan golongan asnaf

Hukumnya adalah harus untuk daging Qurban dibuat dan diagihkan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira tempat termasuklah negara lain, dengan mengambil kira kekangan dari sudut harga haiwan qurban dalam negara yang semakin meningkat, maka alternatif lain adalah melaksanakan di luar negara secara atas talian. Namun, tidak dinafikan bahawa melaksanakan ibadah Qurban di tempat sendiri adalah lebih Afdhal.

Hukumnya adalah harus dan sah. Peserta Qurban membeli dan menyerahkan amanah kepada satu pihak yang amanah dan telus, seterusnya melaksanakan Qurban di tempat yang dipersetujui.

1. Bai’ Salam (jual beli barang dengan spesifikasi yang jelas dan penyerahannya secara tangguh dengan bayaran harga secara tunai)

Peserta Qurban akan membeli haiwan Qurban daripada Aqiqah Centre bagi tujuan melaksanakan ibadah Qurban dengan ciri-ciri haiwan Qurban yang dinyatakan secara jelas dan dimaklumkan, harga haiwan Qurban akan dibayar pada masa kontrak secara tunai, manakala penghantaran kambing akan dilakukan kemudian seperti yang ditetapkan dalam Perjanjian Jualan & Agensi.

2. Wakalah (pelantikan wakil dengan atau tanpa upah):

Aqiqah Centre akan dilantik sebagai wakil tanpa upah kepada pelanggan yang berdaftar sebagai peserta Qurban untuk menguruskan ibadah Qurban bagi pihak peserta yang merangkumi:

-memastikan haiwan Qurban hidup sehingga waktu penyembelihan;

-memantau proses sembelihan dan memastikan haiwan Qurban disembelih dengan panduan Syariah pada hari-hari disunatkan sembelihan; dan

-memantau dan memastikan daging Qurban diagihkan kepada pihak yang layak berdasarkan panduan Syariah.

Hukum asal fotografi dan videografi adalah harus, namun bergantung pada tujuannya. Jika bertujuan baik maka harus, jika bertujuan buruk maka dilarang. Hukum menayang gambar dan video penyembelihan di media sosial adalah harus, dengan syarat:

1.Bertujuan baik dan dijelaskan penjelasannya.

2.Menunjukkan akhlak, etika dan adab Islam ketika menyembelih.

3.Mengelakkan unsur provokasi dan fitnah yang boleh menjejaskan imej Islam

Oleh hal yang demikian, kami tidak menyarankan kepada peserta Qurban untuk memuat naik video penyembelihan Qurban di laman sosial kerana ianya dibimbangi akan menimbulkan situasi yang boleh mendatangkan tohmahan kepada Islam dan maruah dirinya disebabkan perbuatan dirinya sendiri.

FAQ Pendaftaran

Team Aqiqah Centre di Mekah adalah warga Saudi dan telah mendapat permit untuk beroperasi sepanjang tahun di Mekah.

Kami ambil maklum bahawa qurban di kawasan sendiri lebih afdal.

Ini adalah alternatif untuk mereka yang ingin melakukan ibadah qurban tetapi tidak mempunyai bajet yang tinggi.

Daging qurban akan diagihkan ke fakir miskin di Mekah

Kepercayaan dan Amanah! Kami berpegang kepada dua perkara ini sahaja.

Tanpa kepercayaan dari pelanggan-pelanggan kami sebelum ini, kami tidak mampu bertahan mengurus amanah ibadah selama ini.

Anda boleh baca sendiri review jujur pelanggan kami sebelum ini Facebook & Instagram.

Kami beroperasi di Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC), Cyberjaya.

Jika mahu bertemu pegawai jualan kami, boleh hubungi kami untuk tetapkan tarikh dan masa pertemuan.

Tempahan boleh dibuat pada bila-bila masa sebelum 15 Jun 2024.

Boleh hubungi Encik Bryan Musa di 011-1437 4843 (Call / Whatsapp)

Sertai Aqiqah Centre

“Sesiapa yang dikurniakan anak dan ingin melakukan ibadat untuknya, maka lakukanlah ibadah aqiqah bagi anak lelaki dua ekor kambing dan bagi anak perempuan pula seekor kambing.”

– Riwayat Abu Daud (2842)

HUBUNGI

Isnin-Jumaat
(selain cuti umum)
9:30 am – 3:30 pm

Hotline :
+6011-1437 4843 

 

ALAMAT

AC AGROTECH SDN BHD (1366280-T)

K-3-01, Conezion, Persiaran IRC3, Ioi Resort, 62502 Putrajaya