Makluman Status Sembelihan

Perutusan Qurban Tanah Suci Mekah 2020/1441H

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله، ثم الحمد الله ثم الحمد الله

Tuan/Puan yang dimuliakan,

Kami, Aqiqahcentre.com ingin memaklumkan bahawa kesemua penyertaan Qurban di Tanah Suci Mekah melalui aqiqahcentre.com pada tahun 2020/144h telah pun selesai disempurnakan.

Kami dengan penuh rendah diri mengucapkan jutaan terima kasih, jakumullahu khayran jazak; semoga Allah membalas jasa baik kalian atas amanah, kepercayaan dan tanggungjawab yang diberikan kepada kami untuk memikul setiap satu ekor haiwan sembelihan qurban pada tahun ini.

Laporan terperinci berserta gambar dan video umum juga akan dihantar melalui SMS dan/atau email.

Suka untuk kami ingatkan bahawa, program qurban di tanah suci mekah ini suasananya berbeza dengan tanah air kita Malaysia. Berkemungkinan ada di antara anda yang tidak senang melihat gambar-gambar sepanjang majlis sembelihan ini dijalankan, dari pihak aqiqahcentre.com kami dahulukan ampun dan maaf.

Sebagai pengakhiran, ibadah qurban ini dijalankan adalah sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah dan tidak lain tidak bukan ianya adalah satu ritual untuk kita mendekatkan diri kepada Allah, sesuai dengan makna Qurban itu sendiri adalah mendekati, merapati atau berkorban.

تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال

الله أكبر  الله أكبر الله أكبر ولله الحمد

Sekian,

Abdul Halim Khairi Abdul Aziz

Pengurus,

Aqiqahcentre.com

Gambar dan video umum sekitar perlaksanaan akan menyusul

Sekitar Hari Perlaksanaan Qurban