Saya/Kami dengan ini berdasarkan "Perjanjian Belian dan Wakil bersetuju membeli atas kontrak Bai’ Salam daripada Aqiqah Centre di bawah kelolaan syarikat AC AGROTECH (1366280-T) dengan bilangan kambing seperti dinyatakan dengan harga yang ditetapkan berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan pada tarikh penghantaran yang dinyatakan untuk tujuan Qurban.
Saya/Kami juga bersetuju atas kontrak Wakalah tanpa upah mewakilkan kepada pihak Aqiqah Centre dan/atau wakilnya untuk menyempurnakan ibadah Korban (Nazar/Sunat) bagi nama-nama seperti di atas pada tahun 1445 Hijrah/2024 Masihi kerana ALLAH TAALA. Tugasan wakil termasuk
memastikan haiwan qurban hidup sehingga waktu penyembelihan, memantau proses sembelihan dan memastikan haiwan qurban disembelih dengan panduan syariah pada hari-hari disunatkan sembelihan, dan memastikan daging qurban diagihkan kepada pihak yang layak berdasarkan panduan syariah