Posted on

5 Syarat Sembelihan Korban Yang Terkini (LENGKAP)

peserta korban lembu korban

Seseorang yang ingin berkorban perlu memenuhi syarat korban. Ini perlu dipenuhi walaupun berniat untuk berkorban secara online. Syarat-syarat korban juga merangkumi binatang korban dan juga penyembelih.

Jika tidak dipenuhi ia hanya dikira sebagai sembelihan biasa sahaja.

Teruskan pembacaan untuk mengetahui hukum korban dan juga syarat-syarat korban.

Apa Itu Korban?

Korban merupakan ibadah penyembelihan binatang ternakan dengan niat untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ibadah ini dilakukan pada Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) atau sepanjang tiga Hari Tasyri’ (11-13 Zulhijjah)

Adakah Korban Ibadah Wajib?

Ibadah korban hanya jatuh wajib apabila seseorang itu bernazar. Jika tidak, ibadah ini hanya jatuh sunat muakkad

Bila Waktu Buat Ibadah Korban?

Waktu penyembelihan sesudah solat sunat sunat Hari Raya Aidiladha sehingga terbenam mentari pada 13 Zulhijjah.

Baca : Hukum Korban Untuk Arwah & Orang Meninggal (Panduan)

Syarat Buat Ibadah Korban

        1. Akil Baligh

        2. Beragama Islam

        3. Berakal & Waras

        4. Berkemampuan

        5. Merdeka Bukan Tawanan & Hamba

 

Baca :Syarat Sah Korban, Rukun & Niat Korban Lengkap (Edisi 2023)

Syarat Binatang Korban

          1. Haiwan Ternakan

Binatang ternakan seperti lembu, kerbau, semua jenis kambing dan unta boleh digunakan untuk berkorban. Tidak sah berkorban selain dengan haiwan ternakan seperti kerbau liar, kijang, rusa, pelanduk dan seumpamanya.

          2. Sihat

Binatang yang dipilih untuk korban haruslah sihat agar daging yang diedarkan tidak rosak atau tercemar dengan penyakit.

Baca : 7 Perkara Sunat Korban Anda Perlu Ikut (LENGKAP)

          3. Tiada Kecacatan

Haiwan ternakan yang dipilih untuk dikorbankan tidak boleh mempunyai kecacatan, sama ada tempang, buta, telinga koyak sehingga hilang daging, cedera pada tubuh badan, kurus sehingga tidak mempunyai lemak atau kecacatan yang lain sepertinya.

          4. Capai Umur Minumum

                    a. Biri-biri : 1 tahun ke atas

                    b. Kambing : 2 tahun ke atas

                    c. Unta : 5 tahun ke atas

                    d. Lembu/Kerbau : 2 tahun ke atas

 

Baca lagi :Syarat Sah Korban, Rukun & Niat Korban Lengkap (Edisi 2023)

Dalil Syariat Ibadah Korban

Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

 

Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” [Riwayat al-Tirmizi (1493) – hadis ini sebagai hasan gharib]

Baca : Ketahui Lafaz Niat Korban Lembu Ini (Beserta Lafaz Rumi)

Faedah Buat Ibadah Korban

        1. Dekatkan diri pada Allah swt

Menunaikan ibadah korban merupakan salah satu cara untuk mendekatkan diri pada Allah SWt dengan mengorbankan sedikit rezeki yang telah Allah SWT kurniakan.

        2. Tanda Syukur pada Allah swt

Sebagaimana dalam surah al-Kautsar ayat 2 yang bermaksud;

“Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah (qurban) sebagai (tanda) bersyukur”.

Bersyukur dengan berkorban dan seterusnya berkongsi kesyukuran itu dengan mereka yang memerlukan.

        3. Sucikan diri & harta benda.

Seseorang terpaksa mengeluarkan duit atau mengorbankan haiwan miliknya untuk ibadah ini, Selain mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah SWT, ibadah korban juga akan membentuk peribadi menjadi, bersyukur, ikhlas, sabar, dan seterusnya menyuburkan sifat tolong menolong, terutamanya semasa penyembelihan dan proses pembahagian daging korban.

        4. Galak aktiviti ternakan haiwan

Ibadah korban yang boleh dilakukan setiap tahun dapat menggalakkan aktiviti ternakan haiwan seperti lembu dan kambing. Ini secara tidak langsung menjana ekonomi secara lokal.

        5. Amalan penebus dosa

Dalam surah al-Hajj ayat 36, Allah berfirman;

“Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur”.

Berdasarkan ayat ini, Ibadah korban juga adalah penebus dosa kecuali dosa besar.

        6. Hidupkan amalan para Nabi

Diberitakan, Nabi Muhamamd SAW tidak pernah ketinggalan dalam melaksanakan ibadah korban pada setiap tahun, walaupun hanya seekor kambing.

Baca : Penjelasan Lengkap Hukum Makan Daging Korban (2023)

Kesimpulan

Seseorang yang ingin melaksanakan korban harus memenuhi syarat korban. Barulah ibadah korban yang dikerjakan diterima Allah SWT, insya-Allah.