Posted on

9 Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung Menurut Islam

makan berkhasiat ibu hamil

Seperti yang anda tahu, setiap ibu mengandung pastinya memerlukan makanan berkhasiat untuk memastikan tumbesaran bayi dalam keadaan sempurna dan sihat.

Namun, dengan lambakan makanan di sekitar kita, ditambah dengan selera dan mengidam, banyak ibu-ibu mengandung tidak menjaga pemakanan mereka.

Ini boleh membawa kesan yang tidak baik pada ibu dan bayi. Ibu boleh menghidap diabetes tahap 1. Bayi juga boleh menjadi terlampau besar sehingga memerlukan pembedahan ceasarian.

Teruskan pembacaan untuk mengetahui makanan berkhasiat untuk ibu mengandung serta makanan sunnah yang para ibu boleh praktikkan.

Baca : 6 Tips Ibu Mengandung Anak Pertama Dari Pakar (Terkini)

sayur dan buah ibu mengandung

Definisi Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung

1. Makanan Tinggi Protein & Zat Besi

Nutrien seperti protein, asid folik dan vitamin B12 sangat diperlukan bukan sahaja untuk ibu, tetapi bayi yang dikandung.

Asid amino dalam protein membantu anda dan bayi anda dalam pertumbuhan kulit, rambut, kuku dan otot

Selain itu ia memainkan peranan dalam mengimbangkan cecair badan dan tekanan darah.

2. Makanan Tidak Bergula

Gula penting untuk memberikan tenaga. Namun, jika terlalu banyak ia akan membentuk lemak yang tidak diperlukan.

Ini termasuk snek ringan dan makanan segera yang berkalori dan garam yang tinggi. Jika craving atau ingin mengunyah, boleh makan kekacang asli sebagai alternatif.

3. Bukan Makanan Mentah

Makanan mentah berisiko tinggi buat ibu mengandung. Ini kerana makanan mentah ada kebarangkalian tercemar dengan parasit dan bakteria yang boleh mengundang masalah kepada bayi.

Baca : 7 Cara Mendidik Anak Dalam Islam Untuk Cipta Keluarga Bahagia

9 Makanan Sunnah Untuk Ibu Mengandung Menurut Islam

1. Kurma

Nabi Muhammad s.a.w. ada menyebut :

“Bagi wanita hamil, terutamanya ketika sedang melahirkan bayi, makanan terbaik adalah kurma kerana Allah SWT telah menjamin kehebatan dan kemuliaannya. Dan jika wanita memakan rutab, iaitu sejenis kurma segar sewaktu hamil, anak-anak mereka yang baru lahir akan menjadi penyabar”.

Kurma juga mempunyai, serat, pemanis semula jadi dan antioksidan yang tinggi. Tiada masalah untuk anda buat stok di rumah sepanjang tempoh hamil

2. Madu

Madu merupakan salah satu makanan kegemaran Nabi. Ia juga ada disebutkan dalam al-Quran seperti dalam surah berikut:

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

(Surah A-Nahl: ayat 69)

kurma susu kacang makanan ibu mengandung

3. Susu Kambing

Susu adalah sumber kalsium untuk membantu membentuk tulang bayi dan juga protein untuk tumbesaran mereka..

Bahkan susu ada disebutkan beberapa kali dalam Al-Quran seperti dalam surah berikut :

Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih.

(Surah Muhammad: ayat 15)

Jika ibu hamil tidak tahan dengan bau susu kambing yang kuat, tiada masalah untuk ambil susu lembu biasa. Pastikan ia dipastur ya?

4. Tembikai

Buah tembikai adalah buah tempatan yang berkhasiat dan merupakan makanan ringan yang bagus untuk semua wanita hamil.

Ia bukan sahaja mempunyai kandungan air yang tinggi, tetapi juga mengandungi gula semula jadi yang dapat membantu mengurangkan alahan mengandung.

5. Buah Tin

Buah tin mempunyai kandungan kalium, kalsium, dan zat besi yang tinggi. Nutrien ini bagus dan berkhasiat untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan.

Jadi tidak hairanlah ia menjadi makanan sunnah bahkan Allah SWT bersumpah atas nama buah tersebut seperti dalam surah At-Tin menyatakan: “Aku bersumpah dengan buah ara (tin) dan zaitun” (Surah At-Tin, ayat 1).

6. Buah Quince

Buah ini adalah buah import dan agak sukar dicari.

Namun jika menjumpainya boleh dimakan kerana terkenal dengan banyak khasiat untuk ibu mengandung. Kajian menunjukkan bahawa satu sudu besar sirap buah quince terbukti dapat mengurangkan rasa mual bagi wanita hamil dan boleh menjadi alternatif yang baik untuk ubat alahan mengandung.

7. Buah Delima

Buah delima adalah sumber vitamin dan nutrien yang baik untuk ibu mengandung dan dapat memberikan zat besi dan tenaga semasa hamil.

Kandungan polifenol yang tinggi dalam buah delima juga dapat membantu dengan keadaan sekatan pertumbuhan yang boleh berlaku disebabkan masalah plasenta yang menyebabkan masalah dalam perkembangan otak bayi.

8. Buah Zaitun

Seperti buah kurma dan buah tin, buah zaitun adalah salah satu buah yang paling diberkati dalam Islam dan mempunyai banyak rujukan dalam Al-Quran.

Ia mempunyai asid lemak omega-3 yang tinggi dan dapat membantu perkembangan otak bayi semasa dalam rahim dan selepas kelahiran, serta mengandungi dos vitamin A yang baik untuk penglihatan bayi.

9. Almond & Pistachio

Kacang seperti kacang almond dan pistachio yang menjadi snek makanan sunnah yang bagus Ini kerana ia mengandungi kandungan lemak bagus yang tinggi.

Baca : 7 Cara Mendidik Anak Dalam Islam Untuk Cipta Keluarga Bahagia

makanan berkhasiat ibu mengandung bahagia

Jadual Pemakanan Ibu Mengandung         

1. Sarapan

Cadangan sarapan ibu mengandung adalah seperti berikut

Yogurt – Kaya protein dan folat dan juga mempunyai bakteria baik yang mencegah sakit perut dan jangkitan yis ketika hamil.

Oat – penuh dengan vitamin B, zat besi dan mineral yang lain. Mengandungi serat dan  karbohidrat kompleks.

Roti Gandum – Roti jenis wholemeal kaya dengan karbohidrat, serat, dan zat besi yang dapat membuat perut terasa kenyang lebih lama.

2. Makan Tengah Hari

Cadangan makan tengahari adalah seperti hari-hari biasa. Cuma pastikan anda mengelak makanan yang tidak masak dengan sempuran, mentah dan tidak bersih.

3. Makan Malam

Untuk tidur malam yang lebih lena, anda boleh mengamalkan pemakanan seperti meminum teh hijau tuk tidur lena di samping mengurangkan stres

Anda juga boleh mengamalkan makan sayur bayam dan juga susu suam yang membantu penghasilan melatonin, hormon yang dapat membantu kita tidur dengan lebih nyenyak.

buah citrus untuk ibu mengandung

4 Minuman Sesuai Untuk Ibu Mengandung

1. Air Masak

Sebenarnya ketika hamil, badan anda memerlukan lebih banyak air untuk menangani permintaan badan anda. Air adalah penting untuk sel-sel darah yang sihat dan untuk mengekalkan hidrasi badan.

2. Susu Kambing

Produk susu kaya dengan kalsium, protein dan vitamin B-12. Dalam cuaca panas, susu skim sejuk, lassi dan susu mentega sesuai untuk menyegarkan dan mengekalkan hidrasi badan. Susu kocak atau “smoothie” buah-buahan yang dibuat menggunakan susu, dadih, ais dan buah-buahan ini penuh dengan mineral dan nutrien.

3. Jus Tembikai Tanpa Gula

Buah tembikai mudah dicari, Jika rasa renyah untuk memotong, anda boleh kisar dan jadikan jus. Untuk pelbagaikan rasa, anda boleh campurkan dengan buah-buahan yang lain seperti  strawberi, laici, dan limau.

4. Koktel Delima Tanpa Gula

Untuk menambahkan selera, anda boleh campurkan sahaja delima dengan buah-buahan beku lain seperti oren, lemon, kiwi, pic, aprikot dan plum. bukannya ketulan ais sahaja. Buah beku akan ia menyejukkan minuman anda sambil memberikan sedikit rasa buah apabila ia mencair.

Kesimpulan

Ibu yang mengandung sentiasa memerlukan makanan berkhasiat untuk memastikan dirinya dan bayu dalam kandungan sentiasa sihat dan membesar dengan baik.

Amalan pemakanan sunnah insya-Allah akan membantu para ibu membekal nutrien yang terbaik kepada anak selain mendapat pahala mengikuti cara hidup Rasulullah SAW.