Posted on

Akikah atau Aqiqah? Ini Penjelasan Dari Pakar Agama

cukur jambul aqiqah anak

Hukum Aqiqah Anak Anda

Menurut Imam Syafie dan jumhur ulama hukum aqiqah adalah sunat muakad (ibadah yang amat dituntut). Bahkan Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan tuntutan ini. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

كُّلَّ غُلاَمُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِه وَيَخْلَقُ وَيُسَمَّى

“Setiap bayi itu tergadai dengan akikahnya. Disembelih aqiqah pada hari yang ketujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya dan diberi nama”.

(Hadis Riwayat Abu Daud, at-Tarmidzi dan Ibn Majah)

Aqiqah : Sunnah yang diamalkan Nabi SAW

1. Mencukur rambut anak kemudian mengeluarkan sedekah mengikut berat yang diperolehi.

Ini disebut dalam hadis daripada Saidina Ali r.a. :

 

عَقَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْحَسَنِ بِشَاةٍ وَقَالَ: يَا فَاطِمَةُ احْلِقِى رَأْسَهُ وَتَصَدَّقِى بِزِنَةِ شَعْرِهِ فِضَّةً، قال: فَكَانَ وَزْنُهُ دِرْهَمًا أَوْ بَعْضَ دِرْهَمٍ

 “Rasulullah SAW mengaqiqahkan seekor kambing bagi al-Hasan lantas bersabda: “Wahai Fatimah, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah berat rambut tersebut selepas dinilaikan dengan (timbangan) perak.” Ali berkata: “Timbangannya menyamai satu dirham atau setengah dirham.”

(Riwayat al-Tirmizi – 1519)

2. Mengkhatankan anak.

Imam Syafie berpendapat bahawa sunat mengkhatankan anak pada hari yang ke-7 selepas kelahiran. Ini berdasarkan kepada hadis riwayat Jabir yang menjelaskan bahawa Rasulullah SAW telah mengkhatankan kedua cucunya Hassan dan Hussein pada hari ke-7 selepas dilahirkan.

 

Akikah atau Aqiqah?

Merujuk kepada Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) dan juga Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan yang betul adalah akikah.

Namun demikian, aqiqah juga boleh digunakan dan kedua-duanya merujuk kepada ibadah yang sama.

Daftar Aqiqah Anak Di Sini

Aqiqah Centre menawarkan alternatif untuk mereka yang ingin melaksanakan ibadah aqiqah namun mempunyai pelbagai kekangan.

Kami lakukan penyembelihan setiap hari dan bagi setiap pendaftaran baru, sembelihan akan dilaksanakan dalam 1-3 hari dari tarikh pendaftaran.

Bagi anda yang ingin mengejar sunnah kelahiran hari ke-7, insyallah kami akan penuhi hajat anda.

Klik gambar di bawah untuk daftar aqiqah anak anda sekarang!