Apa Itu Aqiqah?
Ibadah aqiqah walaupun bukan satu ibadah wajib, namun ia merupakan sunnah Rasulullah SAW. Maksud aqiqah ada 2 dari segi bahasa dan istilah. Namun apapun maksudnya, ibadah ini merangkumi perbuatan menyembelih haiwan ternakan apabila menerima cahaya mata baru.
“Daging sembelihan kemudiannya diedarkan kepada fakir miskin, rakan dan keluarga.”
Berdasarkan Ibn Qayyim daripada kitabnya Tuhfatul Maudud mengatakan bahawa “aqiqah ialah menyembelih haiwan pada hari ketujuh selepas kelahiran bayi dan mencukur rambutnya.”
Maksud Aqiqah?
Aqiqah Dari Segi Bahasa
Ia bermaksud melubangi atau memutus dan perkataan tersebut berasal daripada perkataan ‘aqq.
Aqiqah Dari Segi Istilah
Dari sudut istilah, aqiqah ialah penyembelihan binatang yang dilakukan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT.
Baca : Dalil & Hukum Aqiqah Anak Lelaki & Perempuan (Edisi 2023)
Hukum Aqiqah Dalam Islam
Menurut Imam Syafie dan jumhur ulama hukum aqiqah adalah sunat muakad. Sunat muakad merupakan ibadah sunat yang amat dituntut dalam Islam. Bahkan Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan tuntutan ini. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW :
كُّلَّ غُلاَمُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِه وَيَخْلَقُ وَيُسَمَّى
“Setiap bayi itu tergadai dengan akikahnya. Disembelih aqiqah pada hari yang ketujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya dan diberi nama”.
(Hadis Riwayat Abu Daud, at-Tarmidzi dan Ibn Majah)
Baca : 11 Idea Doorgift Aqiqah Untuk Majlis (Bawah RM1,000)
Baca : Aqiqah Lembu Gantikan Kambing? Ini Penjelasan Mufti KL
Faedah Aqiqah Pada Anak
1. Uar-uarkan Kelahiran Anak
Majlis aqiqah boleh dijadikan ruang untuk menyebarkan khabar gembira akan kelahiran baru kepada rakan taulan dan ahli keluarga.
2. Tanda Syukur Pada Allah SWT
Ibadah ini menjadi petanda syukur ibu bapa kepada Allah SWT kerana memudahkan urusan kelahiran anak baru mereka.
3. Merapatkan Silaturrahim Keluarga.
Majlis yang dapat mengumpulkan ahli keluarga bersama dapat mengeratkan tali persaudaraan keluarga.
Akikah atau Aqiqah?
Merujuk kepada Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) dan juga Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan yang betul adalah akikah.
Namun demikian, aqiqah juga boleh digunakan dan kedua-duanya merujuk kepada ibadah yang sama.
Baca : Kambing Aqiqah – Syarat dan Harga Terkini (2023)
Daftar Aqiqah Anak Di Sini
Aqiqah Centre menawarkan alternatif untuk mereka yang ingin melaksanakan ibadah aqiqah namun mempunyai pelbagai kekangan.
Kami lakukan penyembelihan setiap hari dan bagi setiap pendaftaran baru, sembelihan akan dilaksanakan dalam 1-3 hari dari tarikh pendaftaran.
Klik gambar di bawah untuk daftar aqiqah anak anda sekarang!