Posted on

Kambing Aqiqah – Syarat dan Harga Terkini (2023)

kambing aqiqah harga terkini

Harga kambing aqiqah berubah-ubah kerana terkesan  dek perubahan iklim ekonomi, menyebabkan ia menjadi faktor penentu seseorang melaksanakan ibadah ini.

Walhal, aqiqah merupakan ibadah islam yang sentiasa dilakukan dan diraikan oleh masyarakat Melayu Muslim di Malaysia.

Ketahui harga terkini kambing aqiqah agar anda laksanakan ibadah sunat yang diutamakan ini dengan sempurna dan diterima.

Apa Itu Aqiqah?

Secara amnya, ia merupakan ibadah sunat berbentuk penyembelihan yang dilakukan pada hari ke-7 kelahiran bayi. Sekiranya terlepas pada hari ke-7 kelahiran, maka hendaklah disembelih pada hari ke-14 atau ke-21.

Ibadah aqiqah sesuai dengan hadith riwayat Abu Daud, At Tirmidzi dan Ibnu Majah :

“Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ke tujuh (7); dari hari lahirnya - dicukur seluruh rambutnya dan diberikan nama yang membawa maksud yang baik.”

Baca : Maksud Aqiqah Dari Segi Bahasa & Faedah Pada Anak Anda

Kenapa Guna Kambing Untuk Aqiqah?

Ibadah aqiqah boleh dilakukan dengan menggunakan binatang ternakan berkaki empat seperti lembu, biri-biri dan kambing. Namun kambing lebih mudah dari sudut perlaksanaan ibadah.

Anda tiada masalah untuk menggunakan lembu untuk aqiqah. Namun kadar bagi seekor kambing adalah bersamaan dengan 1/7 daripada lembu dan boleh dikongsi bahagian tersebut secara berjemaah. Lembu hanya praktikal apabila lengkap 7 nama mewakili setiap bahagian.

Syarat Kambing Aqiqah Mengikut Islam

Syaratnya perlu daripada jenis berbulu. Umurnya wajib genap dua tahun.

Soal Jawab Berapa Ekor Kambing Aqiqah

Berapa ekor kambing untuk Aqiqah Anak Lelaki?

Hanya perlukan dua (2) ekor kambing sahaja.

Untuk aqiqah anak laki-laki, sekiranya tidak mampu 2 ekor, boleh buat 1 ekor dahulu.

Ini sepertimana yang dilakukan dalam kes cucu Rasulullah yakni Hasan dan Husain, Rasulullah telah menyempurnakan aqiqah Hasan & Husain dengan menyembelih satu (1) ekor kibasy – Riwayat Abu Daud.

Baca : Aqiqah Lembu Gantikan Kambing? Ini Penjelasan Mufti KL

Untuk Aqiqah Anak Perempuan perlu berapa ekor kambing?

Manakala untuk anak perempuan, sekadar cukup satu (1) ekor kambing sahaja.

Bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW dari Ummul Mukminin, Aisyah r.a. bahawa

“Rasulullah telah menyuruh kami mengerjakan aqiqah bagi bayi lelaki 2 ekor kambing yang bersamaan kedua-duanya dan bagi bayi perempuan pula satu (1) ekor kambing.”

Riwayat At-Turmuzi.

Harga Kambing Aqiqah Terkini (2023)

Harga kambing bergantung pada berat kambing selepas proses. Harganya sekitar RM750 untuk 4 – 5 kg daging sehingga mencecah RM1200 untuk 13 – 14 kg daging.

Namun dengan Aqiqah Centre,  anda boleh sempurnakan ibadah ini dengan harga RM499 sahaja.

Daftar Aqiqah Anak Di Sini

Aqiqah Centre menawarkan alternatif untuk mereka yang ingin melaksanakan ibadah aqiqah namun mempunyai pelbagai kekangan.

Kami lakukan penyembelihan setiap hari dan bagi setiap pendaftaran baru, sembelihan akan dilaksanakan dalam 1-3 hari dari tarikh pendaftaran.

Bagi anda yang ingin mengejar sunnah kelahiran hari ke-7, insyallah kami akan penuhi hajat anda.

Klik gambar di bawah untuk daftar aqiqah anak anda sekarang!

Posted on

Lafaz Niat Aqiqah Anak & Caranya (LENGKAP)

niat aqiqah anak

Segala amal ibadah sebagai seorang Islam bermula dengan niat. Jadi ibadah aqiqah juga perlu dilakukan bersama niat aqiah agar ia diterima Allah SWT.

“Malangnya, ramai ibu bapa tidak tahu apakah niat aqiqah terutamanya mereka yang baru menerima kelahiran pertama.”

Jika bukan anak pertama pun, mungkin paling cepat setahun kemudian untuk anda lafazkan sekali lagi. Jadi ada baikkan teruskan pembacaan untuk mengetahui secara amnya ibadah aqiqah dan niat aqiqah anak.

Apa Itu Aqiqah?

Aqiqah daripada sudut bahasa bermaksud melubangi atau memutus dan perkataan tersebut berasal daripada perkataan ‘aqq. Dari sudut istilah, aqiqah ialah penyembelihan binatang yang dilakukan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT

Berdasarkan Ibn Qayyim daripada kitabnya Tuhfatul Maudud mengatakan bahawa “aqiqah ialah menyembelih haiwan pada hari ketujuh selepas kelahiran bayi dan mencukur rambutnya.”

Hukum Aqiqah

Menurut Imam Syafie dan jumhur ulama hukum aqiqah adalah sunat muakad. Sunat muakad merupakan ibadah sunat yang amat dituntut dalam Islam. Bahkan Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan tuntutan ini. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

كُّلَّ غُلاَمُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِه وَيَخْلَقُ وَيُسَمَّى

“Setiap bayi itu tergadai dengan akikahnya. Disembelih aqiqah pada hari yang ketujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya dan diberi nama”.

(Hadis Riwayat Abu Daud, at-Tarmidzi dan Ibn Majah)

Baca : Dalil & Hukum Aqiqah Anak Lelaki & Perempuan (Edisi 2023)

kambing di mekah untuk aqiqah

Syarat Sah Aqiqah

Sebagaimana ibadah lain, ibadah aqiqah juga mempunyai syarat-syarat sah bagi menyempurnakannya. Antara syarat sah ibadah ini ialah:

  1. Berniat aqiqah.
  2. Memenuhi syarat-syarat sembelihan seperti
    • Haiwan ternakan berkaki empat seperti kambing, lembu, kerbau dan unta.
    • Tiada kecacatan pada haiwan tersebut, sama ada kecacatan luaran dan dalaman.
    • Haiwan sudah cukup umur.
  3. Disembelih pada waktunya, iaitu pada hari ke-7 selepas kelahiran anak atau pada bila-bila masa sebelum anak tersebut baligh. Jika sudah baligh, anak itu perlu mengaqiqahkan dirinya sendiri.

Baca : Maksud Aqiqah Dari Segi Bahasa & Faedah Pada Anak Anda

Lafaz Niat Aqiqah Lengkap

Cara Niat Aqiqah Anak

Bacaan ini perlulah dibacakan ketika sembelihan sedang dilakukan.

lafaz niat aqiqah

Bacaan: Bismillah Allahu Akbar Allaahumma minka wa laka, haadzihi ‘aqiiqotu [fulaan]

Maksudnya: Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, Ya Allah ini dari-Mu dan untuk-Mu. Ini adalah aqiqah fulaan

Penyebutan [fulaan] itu diganti dengan nama anak yang ingin diaqiqahkan. Contoh, nama anak Muhammad Ali bin Muhammad Zain, maka ganti [fulaan] dengan “Muhammad Ali bin Muhammad Zain”

Walau bagaimanapun, jika melafazkan bismillah sahaja dan diniatkan dalam hati juga telah mencukupi.

Baca : Penjelasan Lengkap Pembahagian Daging Aqiqah (TERKINI)

Daftar Aqiqah Anak Di Sini

Aqiqah Centre menawarkan alternatif untuk mereka yang ingin melaksanakan ibadah aqiqah namun mempunyai pelbagai kekangan.

Kami lakukan penyembelihan setiap hari dan bagi setiap pendaftaran baru, sembelihan akan dilaksanakan dalam 1-3 hari dari tarikh pendaftaran.

Klik gambar di bawah untuk daftar aqiqah anak anda sekarang!