Posted on 4 Comments

20 Soalan famous tentang Aqiqah (FAQ)

kami suami isteri sudah bernikah lebih 10 tahun. Akan tetapi Allah belum memilih kami untuk menimang zuriat. Isteri teringin sangat nak anak sendiri. Boleh ke kalau kami aqiqahkan anak-anak yatim melalui AqiqahCentre.com dengan harapan Allah kurniakan kami zuriat
1. Ustaz, apa itu aqiqah?
Dari sudut bahasa : membuang segala kotoran dikepala bayi
Dari sudut syarak : menyembelih haiwan ternakan tertentu bertujuan untuk melahirkan rasa syukur pada hari mencukur rambut bayi. Seperti sabda Rasulullah dalam hadith riwayat Abu Daud, At Turmuzi dan Ibn Majah :
“Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ke tujuh (7); dari hari lahirnya- dicukur seluruh rambutnya dan diberikan nama yang membawa maksud yang baik.”
2. Ustaz, kenapa ek kena laksanakan aqiqah?
Oh ini kerana telah diarahkan oleh Rasulullah, dengan hadith yang masyhur : “Bayi yang lahir itu tertebus dengan aqiqahnya.” – riwayat At-Turmuzi. Pelaksanaan aqiqah juga atas tanda kesyukuran dari ibu dan bapa atas nikmat zuriat yang dikurniakan. Ianya adalah Sunnah Rasulullah SAW.
3. Ok, sekarang ini siapa yang perlu melaksanakan aqiqah?
Ibu dan ayah kepada bayi yang lahir sehingga ianya mencapai akil baligh. Atau, selepas akil baligh – seseorang itu boleh juga melaksanakan aqiqah untuk dirinya sendiri sekiranya sudah berkemampuan.
4. Kejap Ustaz, kalau Rasullah suruh adakah hukumnya WAJIB?
Hukum aqiqah adalah Sunnah Muakkadah(Sunnah yang sangat-sangat di tuntut). Jika tidak laksanakan amatlah rugi, kerana ganjarannya besar.
5. Saya ni baru dapat anak kembar lahir sepasang;lelaki seorang dan perempuan seorang. Jadi berapa ekor aqiqah untuk anak lelaki & perempuan ni?
Tahniah puan! Besar pengorbanan puan melahirkan anak kembar ini. Baiklah, yang terbaik untuk anak lelaki adalah dua(2) ekor kambing, manakala untuk anak perempuan adalah satu (1) ekor kambing sahaja. Ini berdasarkan hadith dari Ummul Mukminin, Aaisyah R.A bahawa “Rasulullah¬† telah menyuruh kami mengerjakan aqiqah bagi bayi lelaki 2ekor kambing yang bersamaan kedua-duanya dan bagi bayi perempuan pula satu (1) ekor kambing.” riwayat At-Turmuzi
Akan tetapi, sekiranya puan tidak berkemampuan untuk menyempurnakan aqiqah anak lelaki puan dua (2) ekor sekali gus. Puan boleh juga laksanakan satu (1) ekor dahulu. Ini sepertimana yang dilakukan dalam kes cucu Rasulullah yakni Hasan dan Husain, Rasulullah telah menyempurnakan aqiqah Hasan & Husain dengan menyembelih satu (1) ekor Kibasy – Riwayat Abu Daud.
6. AqiqahCentre buat aqiqah untuk satu bahagian lembu tak ?
Maaf tuan, buat masa sekarang kami hanya laksanakan aqiqah seekor kambing sahaja malah itu yang lebih baik.
7. Dulu masa anak pertama dan kedua, kami tak mampu nak laksanakan aqiqah sehingga sudah terlepas hari ke-7, untuk anak ketiga ni kami nak kejar hari ke-7 kelahiran. Tapi nak laksanakan untuk abang dan kakaknya sekali. Boleh ke?
Boleh sangat puan, takda masalah.  Adalah yang terbaik aqiqah itu disempurnakan pada hari ke-7 kelahiran, sekiranya terlepas boleh juga disempurnakan pada hari ke 14 atau 21 atau selagi anak puan belum capai akil baligh pada bila-bila masa sekiranya mampu.
8. Kambing Aqiqah sebaiknya kita jamu orang dengan masakan apa ya?
Sunnah daging aqiqah untuk dimasak dengan masakah yang manis-manis dan dihidangkan kepada orang ramai. Akan tetapi tidak menjadi masalah sekiranya kita agihkan daging kepada orang ramai.
9. Saya dah aqiqahkan satu (1) ekor kambing untuk anak lelaki saya di kampung. Boleh ke kalau seekor lagi kami laksanakan di luar negara ?
Boleh Tuan, tiada masalah. Menyempurnakan aqiqah di luar negara, sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang tidak bernasib baik mendapatkan makanan.
10. Ustaz, ada amalan lain yang perlu dilaksanakan pada hari ke-7 ni?
Selain daripada menyembelih haiwan Aqiqah pada hari ke-7, adalah disunnatkan juga mencukup kepala bayi dan mengisytiharkan(memaklumkan) nama bayi tersebut kepada orang ramai.
12. Saya saudara baru(muallaf), sekarang ni alhamdulillah hidup stabil dengan kerjaya sendiri. Boleh ke saya laksanakan aqiqah untuk diri saya sendiri?
Mashallah, selamat kembali kepada agama fitrah dan kedamaian. Boleh sangat ini kerana Rasulullah juga menyempurnakan ibadah aqiqah bagi dirinya sendiri selepas diangkat menjadi Rasul.
13. Takpe ke berniat atau akad guna kertas atau phone je?
Setiap amal itu dimulakan dengan niat, dan niat itu boleh berlaku dalam hati atau melafazkan dibibir dan menyempurkan dengan amalan. Manakala akad pula adalah lafaz persetujuan dua pihak. Hukum akad adalah sunnah. Akad boleh dilafazkan dengan mulut, atas kertas atau dengan meredhai sesuatu itu berlaku walaupun tidak disebut. Paling penting, kedua-dua pihak jelas dengan apa yang sedang dilakukan.
14. Saya ni banyak dapat sponsor untuk kenduri kesyukuran dan majlis sambut baby, Ustaz. Boleh ke saya guna duit tu untuk buat aqiqah dan beli keperluan baby selepas dari majlis?
Sudah tentu boleh puan yang budiman, murah rezeki puan. Tidak ada masalah untuk menggunakan wang tersebut untuk penyempurnaan aqiqah dan membeli barang keperluan anak.
15. Ayah Ell beritahu ElL diaqiqahkan setiap tahun? Betul ke macam tu ustaz?
Aqiqah hanya disempurnakan sekali seumur hidup, berkemungkinan ayah Ell laksanakan ibadah qurban untuk bahagian Ell pada setiap tahun.
16. Boleh ke orang lain seperti datuk, nenek atau pak cik buatkan aqiqah untuk anak kita?
Boleh kerana Baginda Rasul juga mengaqiqahkan cucunya yakni Hasan & Husain kerana ingin membantu anak Baginda.
17. Kalau anak angkat perlu ke mak ayah angkat aqiqahkan anak tersebut? Mohon pencerahan, Ustaz.
Mashallah, mulianya hati tuan dan puan. Hukum aqiqah tetap sunnah muakkadah. Sebagai tanda berterima kasih kepada Allah, adalah digalakkan tuan dan puan laksanakan aqiqah baginya.
18. Yhbg Ustaz, kami suami isteri sudah bernikah lebih 10 tahun. Akan tetapi Allah masih belum menghadiakan kami zuriat. Isteri teringin sangat nak anak sendiri. Boleh ke kalau kami aqiqahkan anak-anak yatim melalui AqiqahCentre.com dengan harapan Allah kurniakan kami zuriat, insya-Allah.
Satu niat yang murni! Boleh atas hukum bersedekah dan melangsaikan aqiqah bagi anak-anak yang tidak mempunyai ayah dan ibu ini. Pihak AqiqahCentre.com akan mendapatkan nama-nama anak yatim tersebut dan menguruskan aqiqah mereka.Kami doakan semoga Allah menghadiahkan tuan dan isteri zuriat satu hari nanti.
19. Anak saya meninggal dalam kandungan atau sebelum sempat hari ke-7 sudah meninggal, perlukah saya buat aqiqah?
Hukumnya bukanlah sunat muakkad tetapi sunat. Ianya sebagai tanda mensyukuri mendapat anak. Semoga kita mendapat syafaat daripada beliau sebagai anak kita.
20. Mana soalan ke-20?
Itu lah soalannya.

4 thoughts on “20 Soalan famous tentang Aqiqah (FAQ)

  1. Saya baru lepas melahirkan anak, tapi Saya belum menikah lagi, anak ini di bin kan dengan salah satu 99 nama Allah . adakah bole anak ini di buat akikah atau korban

    1. Assalamualaikum Puan Nadia, semoga puan dan keluarga dinaungi rahmat Allah dan diperluaskan rezeki seluas terbentangnya langit dan bumi.

      Puan, anak yang lahir dari kandungan puan boleh diakikahkan dan dikorbankan. Hukumnya sunnah. Majoriti ulama’ berpendapat, ketika sembelihan akikah dan/atau korban dilaksanakan, nama anak dilafazkan dan dibin/bintikan atas nama ibu.

      Wallahu alam.

  2. Assalamualaikum ust sy nk bertnye.. sahabat baik menghadiah kan kambing sebagai aqiqah anak saya boleh ke ust..

    1. Waalaikumsalam puan, terima kasih atas soalan.

      Mengikut hukum aqiqah ianya dibolehkan dengan syarat puan dan suami redha dan berbesar hati menerima hadiah tersebut.

      Aqiqah boleh jadi tidak sah,
      sekiranya sahabat baik tersebut menyembelih kambing atas nama anak puan akan tetapi puan dan suami tidak maklum tentang perkara tersebut, maka aqiqah yang berlaku tadi tidak sah. Kalau puan maklum yang dia nak hadiahkan, maka aqiqah tadi sah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *